Assalammualaikum
sebelum ni kalau korang makan megi kat asrama ataupun rumah sewa, kolej ataupun apa-apaje la ....korang mesti rendam dulu megi tu dengan air panas bila nak makan kan....style biasa la. aku pun buat macam tu jugak sebelum ni kat asrama masa sekolah menengah dulu.
tapi bila dah sambung belajar. aku jumpa ramai kawan kat sini. makanya bermacam-macam style masak megi kitorang kongsi. almaklumlah megi dengan budak-budak hostel kan mcm buddyz. takkan terpisah. lagi satu megi pun dicari bila kita berada dalam keadaan susah je kan. (maksudnya bila hujung sem poket dah kering)..memang sesuai sangat dengan istilah kawan baik. kan kawan yang baik hanya akan ada masa kita susah. that's a true frenz.
so hari ini aku akan kongsikan resepi megi yang aku dapat daripada sorang kawan baik aku kat sini. budak johor. zila. comel orangnya.
bahan-bahan yang korang perlukan megi sahaja. sebelum aku terlupa nak bagitahu resepi ni kitorang buat guna rice cooker. bagi yang takde rc ni korang balik buat kat rumah je la. (bajet ada orang nak buat) tp kalau dah balik rumah guna dapur gas lagi senang.
ok. mula-mula sediakan bahan2 dan perkakas2 yang korang nak guna.
selepas itu didihkan air dalam rc. kalau banyak megi yang korang masak lebihkan sikit air dia. bila air dah mendidih korang letakkan megi dan perencahnya kedalam. kemudian korang kena tunggu sampai air megi tu kering dan megi kembang sikit. ada sesetengah orang dia tak suka makan megi yang kembang kan. aku dulu pun tak suka jugak tapi bila dah try buat dan makan. memang sedap.
sambil nak tunggu megi ni kering airnya. korang bolehlah pergi basuh baju, online fb, or lipat kain baju yang berlonggok atas katil tu. ataupun korang boleh makan buah sebelum makan megi ni. megi kan tak berapa elok kalau makan selalu. so korang boleh neutralkan balik tahap kesihatan dengan makan buah. pandai2 je aku. masa ni aku makan epal. for your information epal bagus tau. pernah dengar tak pepatah 'an apple a day keeps the doctor away'
hmm nak cerita,..rc kat tempat aku belajar ni. haram dibawa. so kalau ada yang mengenali aku bila baca entry ni. senyap2 la ea. pleaaaaaaaasee>''<
aku rasa megi tadi dah masak. taraaaaa
maaflah. kalau ada yang terliur. erk ada ke. korang jangan pandang enteng ye megi ni. nampak macam tak sedap. tapi sekali makan, sampai jilat2 sudu tu. kalau nak sedap lagi tambah cili padi.perghhh sedap wa cakap lu. aku ingat nak letak cili tadi. tapi bila nak ambil, tgk pokok takde buah. hari tu ada. maklumlah pokok tak pernah disiram, baja jauh sekali.
apa-apa pun resepi mcm ni je la aku mampu kongsi. takpe2 lepas ni aku akan kongsi resepi yang lebih berfaedah ok.
see u..adiossss