Friday, 22 March 2013

earth hour 2013

Assalammualaikum

esok 23 mac 2013 pukul 8.30 malam sampai pkul 9.30 malam jangan lupe tutup lampu yer..sempena sambutan earth hour 2013...klu korang taknak tutup pukul 8.30 pon takpe je..tutuplah pukul bape korang nak tutup...asalkan tutup....satu jam je pon..but make sure sebelum time korang tido la, sebab time kita tdo memang kita dah tutup lampu kan...<<tapi ada jugak yang tak tutup lampu time tdo>>..hmmmm camne ehh...

faedah earth hour ni secara keseluruhannya adalah untuk  membantu mengurangkan pemanasan global...korang pon mesti dah phm sgt pasal pemanasan global ni kan...

so tak rugi pon korang sambut earth hour ni sebab, korang bleh jimat bil elektrik, walaupon tak pernah participate dlm membayarnya,  bleh feeling2 dlm gelap and klu ada ngan member2 bleh sakat -menyakat...haha..

just a little effort to save my beloved earth:))
slm.
TQ










Friday, 15 March 2013

indahnya ketawa

aku suka ketawa, aku suka buat orang lain ketawa, aku juga suka orang buat aku ketawa dan aku juga suka mengketawakan orang..

indahnya nikmat Allah yang satu ni kan?kita semua ada berbagai bangsa dan bahasa tapi cara kita ketawa semua sama....even baby, kanak-kanak, budak sek rendah,menengah,orang dewasa, orang tua, ibu mengandung n orang yang dok kat hospital bahagia sekalipon...kita semua mempunyai cara ketawa yang sama...bahagia je rasa kan bila dapat ketawa sama2...

kita semua pasti ada mcm2 pengalaman ketawa y tak bleh dilupakan, betul tak?...ada jugak kengkawan aku yang bila orang lain dah abeh ketawa dia baru nak ketawa...n kitorang pon tergelak2 la tengok dia ketawa sorang2...apa punya line la dia pakai lambat gila loading.....

hahaha

ty.


Sunday, 13 January 2013

WISH FOR A BIRTHDAY GIRL

pengumuman!!2..tgh2 study ni ngantuk la pulak, so ak pon bukak la blog utk hilangkan ngantuk tu...and tiba2 teringat hari ini birthday kawan ak!!...nak update something la untuk dia...

hari ini kawan baik ak dah jadi tua...haha, tapi still comel, comel, and comel <3...n for me she's a good friends, with a good personality, and seorang yang sangat kuat menghadapi hari-hari sukar dalam hidupnya..

ehem2, jgn kembang ye...comelll tu untuk aisyah sbnrnyeee...hihihi...

ak bersyukur dikurniakan seorang sahabat seperti beliau dan ak harap beliau akan sentiasa gembira di mana sahaja beliau berada...fuhh ayattt...ni bukan ayt bodek2 ea..tp mmg betul2 keluaq dr hati nuraniku..phewitt......nak cakap depan2 mcm ni...mmg takla...maluuu aih...

so i dedicate all my love to you through this...
dear, inn



and for ur friendship.....




we have been together for 15 years++++ and In Shaa Allah sampai ke tua and ke syurga...


ty.
Assalammualaikum.





Saturday, 12 January 2013

KENAPA SAYA BERBELOG??


1. sebab saya suka menulis. i want to be a writer's who touches heart. (full house)

2. sebab saya suka menyuarakan apa yang saya rasa melalui tulisan daripada cakap. kelebihannya kalau tersalah tulis boleh edit balik, tapi kalau tersalah cakap, makan dalam woo...

3. sebab saya nak try semua kemajuan teknologi yang ada. saya dah jadi seorang facebooker, twitterrer, youtuberr, googlerr..and, saya nak jadi seorang bloggerr pulak..

4. sebab saya cepat boring dengan mukabuku dan pencicit. log out dua ni, sign in blog plak:))

5. sebab writing is the best learning process..



ty.
assalammualaikum

Friday, 11 January 2013

MERLIN made me cry

aku salah seorang dari ribuan bahkan mungkin jutaan peminat citer merlin kat luar sana tu...cite ni bestt sgttt, bagi yang pernah tengok citer ni start daripada season 1 sampai season 5 mesti tau npe aku kata citer ni bessst dan menyedihkan...ke aku je y rs mcm ni?? xkisahla....

kenapa aku kata citer ni best, sbb aku suka ikatan pershbtan y terjalin antara arthur dan merlin...sikap y arthur tunjukkn dkt merlin buat ak geram sgt dgn arthur, and pd ms y sama ak rs kelakar. Even arthur selalu ckp dkt merlin benda bukan2 mcm lembik, bodoh, penakut but deep in his heart kita semua tau y dia syg dkt merlin...huhuu

dan baru2 ni aku tgk ending citer merlin...aku menangis, menangis smbil ketawa.sebab tengah scene sedih2 pon arthur wat lawak ag..sedihla:(.....y peliknya kalau aku tgk cerita cintan cintun sblm ni aku tak nangis pun..

mungkin ada anda diluar sana y tak suka tgk citer ni...atas sebab2 tertentu...tp pd aku y baik dlm cite ni kita blh  jadikn tauladan, y buruk2 tu kita jgnla ikut... 


scene ni kelakar,..merlin ingt arthur nak peluk dia... 

friendship like this






i just want to say thank you for reading this:)
merlin soundtrack and preview...<3<3
feel it~~~~~



Sunday, 16 December 2012

kasih ayah dalam diam...

time : 12pm
year : early 2012

salam, ini adalah story yang dah lama terperap dalam draft, akhirnya launch pon...

cuti pertengahan semester tahun ni, aku naik bas p kL sorang2 n first time sampai dekat kL tgh2 malam. macam-macam perasaan ada. mula2 masa ak amik tket tu kat mber,  ak dah pk dah mest ak akn sampai KL mlm pny. tapi nak balik awl pny pasal ak dah tak kira dah.."dah tak tertanggung rasa rindu nak balik umah" tu yang ak bedal jgk tket malam. sorang2 plak. ak dah set nak tdo kat surau kat pudury, ad plak mber ak ckp surau tak bukak lah, pudury tutup la. ak y dr berani td dah jd takut2 dah. 

mcm mana pun tket dah beli perjalanan mest diteruskn jugak.........CHANGLOON->KL....woooooshhhh

memang tepat ramalan ak...ak smpai KL pkul 12tgh mlm. tp ak takde rs takut sgt sbb org  tgh rmai ag. cuma ak tak taw nak tdo mn...surau tutup. so ak pun tpon ayah ak. ("sebenarny ak tak bg taw pun ayh ak y ak nak balik malam ni").... ni bru nak telefon. nasib baik ayh tak kerja mlm tu. ayah ak pun suh ak tgu kat bus station tu, sampai dye dtg jmput ak. ayh ak kerja kat klang, bwk lori kontena. 

setengah jam kemudian....br ayh ak sampai. so mlm tu ak pun tdor umah sewa ayh ak kat klang. for information ni la first time ak dtg klang and first time jgk dtg umah sewa ayh ak, rumah tu kecik jer. rumah kg. ayh ak pon duduk sorg. sewa pun murah je dye ckp. ak tny la ayh ak "knp ayh duduk umah sewa kecik je?"...ayh ak ckp..."jadilah, umh ni untuk ayh  tdo ngan basuh baju jer"..ak pun syp je dgr ap y ayh ak ckp...:(...

mlam tu ak tdo ats lantai...takpelah ak ok je.....y cdehny, ak dpt lihat betapa ayh ak bersungguh2 nak  pastikan ak tdo dlm keadaan selesa. bersungguh2 dye kemas bilik y ak nak tdo tu bg bersih, bersungguh2 dye psg kelambu y dah rosak bg jd elok2. ak pon ckp la kat ayah aku "tak pasang kelambu pon takpe ayh, sbb jian tak suka tdo dlm kelambu"...ayah aku cakap "mana boleh kat sini byk nyamuk, nanti dia gigit ang". aku dgr ayh aku ckp camtu siyess aku tak tau nak ckp apa...tetiba plak ak rasa mcm mata aku ad masuk habuk....(nangislahhh tu)

mcm mn sekalipun ak bersyukur sbb ak nmpak dan ak dah rs susah pyh ayh ak dok bekerja selama ni, siang malam..dgn mkn, dan tdo y tak menentu....dan y paling best ag ak naik lori kontena besarrr..first time untuk perjlnan jauh. best la jgk. nak bgtaw walaupun bkn ak bw lori besar tu...tp perut ak rs senak je sepanjang naik lori tu....sbb rs mcm kita dok tarik  beban berat kat belakang..."ak pon confius nak xplain cmne"...ms dlm lori tu ayh ak ad tny..."apa yang ak rs tgk ayah ak bekerja?"..  ish ak tak tau nak ckp ap...ni bknnya mcm citer dlm tv yang dah diberi dialog untuk meluahkan perasaan syg kepada si ayh...(korg mesti tak phm ak ckp ape kan?)..ak pon alih topik lain....sedihhh la....(aku ni nampak je mcm hati batu tp bab2 mak ayah ni, cepatnya hujan lebat nak turun.) 




Monday, 16 April 2012

cerita thailand terbaik


cerita yang besttt untuk hilangkan boring or nak release tension jap.
cerita dia simple je tapi sangat seronok...pasal sorang budak perempuan (nam) yang suka kat senior dye masa sekolah (shone). tajuk cerita thailand yang best ni "crazy little thing called love". kawan ak cakap cerita ni dah lama. citer ni box-office asia tahun 2010. tapi aku baru taw sekarang. serba ckit pasal cerita ni kat bawah.
____________________________________________________________________

CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE 


filem ini dilakonkan oleh Pimchanok Lerwisetpibol (Nam), dan Mario Maurer (shone). Nam adalah seorang gadis yang kurang cantik dan menaruh hati dekat seniornya seorang yang popular kat sekolah. dengan bantuan kawan2nya, nam berusaha melakukan berbagai cara untuk memikat shone. macam2 lah yang nam ngan kawan2 dye buat untuk tarik perhatian shone ni. antrny bagi hadiah and ikut cara2 buat orang jatuh cinta berdasarkn buku y dorg bc. sampailah nam jadi cantik..kat sinilah klimaks cerita dimana nam dah tak rapt dengan kawan2 dia dan ada orang lain plak y suka kat nam. iaitu kawan baik shone sendiri. 





filem ini lengkap dengan semua nilai seperti nilai persahabatan, kasih sayang dan semangat untuk merubah diri ke arah yang lebih baik. kadang2 tak salah jugak kalau suka seseorang tapi membuatkan diri kita jadi lebih baik.

Crazy Little Thing called Love (aka First Love) Trailer High Quality










Wednesday, 4 April 2012

my spe class

FOR 
DR. AHMAD SAHIDAH
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA (GROUP C)
BAB 9
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini, banyak cabaran dan pelbagai masalah yang perlu kita  hadapi. Setiap masalah yang melanda diri kita sebenarnya menjadikan  kita lebih matang dan lebih bertanggungjawab. Segala masalah yang berlaku juga adalah petanda bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya dan Dia mahu hambaNya sentiasa berada dekat denganNya. Kerana apabila kita menghadapi masalah, memang tak ada tempat lain lagi yang kita boleh mengadu melainkan Allah. Dia sentiasa mendengar segala keluhan hamba-hambaNya.


MASALAH DAN ISU 
Apabila kita menghadapi sesuatu masalah kita hendaklah menyelesaikannya dgn segera kerana masalah yang dibiarkan berlarutan akan jadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan so (solve a problem and resolve an issue). 

SIFAT PENYELESAI MASALAH
Ada orang di dunia ini apabila dia menghadapi sesuatu masalah, dia boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat berbanding mereka yang lain. Kajian menunjukkan mereka ini mempunyai ciri-ciri seperti:-

a) motivasi yang kuat >> iaitu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi semua kesukaran
b) trait yang positif >> iaitu sifat-sifat positif yang ada dalam diri seseorang. contohnya mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.
c) jati diri >> iaitu mempunyai jati diri yang tinggi dan dapat mengawal apa sahaja suasana yang mungkin berlaku.
d) membina kemahiran >> iaitu boleh mengendalikan sesuatu masalah dengan berbagai-bagai cara.

KATEGORI MASALAH 

1) misteri ~ contohnya: letupan kapal angkasa Amerika Syarikat Discovery yang telah mengorbankan kesemua angkasawannya. punca kejadian tinggal misteri hinnga ke hari ini. 

2) tugasan ~ contohnya: seorang pelanggan memberitahu tukang gunting rambut tentang fesyen rambut yang dia idamkan.

3) kesukaran ~ contohnya: kerajaan negeri China ingin mendirikan rig telaga minyak di barat china tetapi menghadapi halangan seperti kekurangan tenaga buruh, kekurangan bekalan air dan sebagainya.

4) tidak pasti ~ contohnya: ketika kapal Titanic tenggelam, tidak seorang pun tahu lokasi sebenar nahas itu. Namun para pengkaji tidak berputus asa mereka cuba mencari juga sehinggalah menemui sebahagian daripada bangkai kapal tersebut.

5) dilema ~ contohnya: seorang gadis bernama Hamidah keliru untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya atau dengan orang yang disukainya.

Masalah boleh diselesaikan dengan berbagai cara, sama ada secara logik mahupun saintifik. Masalah juga boleh diselesaikan melalui penyelesaian secara kreatif/Lateral,  penyelesaian melaui perasaan dan penyelesaian secara Islam.

PENYELESAIAN MASALAH SECARA LOGIK
1) Mendefinisikan masalah
2) Mengkelaskan Masalah
3) Tentukan Objektif
4) Tentukan Ukuran Kejayaan
5) Kutipan Data
6) Membuat Keputusan
7) Melaksanakan keputusan yang diambil
8) Penilaian

PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK
1) Mengadakan Hipotesis
2) Mengumpul maklumat
3) membuat kesimpulan

PENYELESAIAN SECARA KREATIF/LATERAL
1) Jangan terlalu mempermudahkan masalah itu.
2) Cuba melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan mata kita.
3) Menyoal semula andaian yang kita gunakan.

PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN
Jika menggunakan kaedah ini ianya perlu berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intelligence) seseorang itu.

PENYELESAIAN SECARA ISLAM
1) Pendekatan Hukum :- merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual.
2) Pendekatan Sufi :- bersifat moral dan spiritual

Kesimpulannya, jika kita menghadapi sesuatu masalah hadapilah ia dengan bijaksana. Jangan biarkan diri kita sentiasa berasa tertekan ketika menghadapi masalah kerana ia akan mempengaruhi fikiran kita untuk membuat keputusan secara rasional. Dan yang paling baik sekali ialah apabila kita menghadapi masalah mengadulah dengan Tuhan pencipta kita kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam hati kita. 

INGAT!!


by: nor jihan binti yusof
207293





Saturday, 31 March 2012

earth hour 2012

assalammualaikum.....

tahun ini ak sambut earth hour ag. tahun lepas ada sambut tp tutup lampu sekejap je. sebab ada member yang  takut gelap. earth hour disambut dengan cara menutup lampu dan semua peralatan elektrik selama satu jam. senang je kan?...lampu kereta je yang tak payah tutup n bil elektrik pun jimat ckit. dengan menutup lampu selama satu jam tuh kita dah membantu mengurangkan sikit, kesan pemanasan global. untuk pengetahuan antara kesan-kesan pemanasan global adalah lapisan ozon menipis, iceberg banyak cair kat kutub utara, suhu bumi meningkat (sebab tu ah tengah ari je,panasss sgt)..macam-macam lagilah.



kerosakan kat bumi sekarang pun adalah disebabkan oleh kita semua jugak, buang sampah merata-rata, banyak pakai aircond, peti sejuk,asap yang kuar dr keta kita. semua ni adalah berpunca dr kita jugak. jadi apalah sangat kalau nak dibandingkan tutup lampu selama sejam tuh dengan sumer benda yang kita dah buat yang menyumbang kepada kerosakan bumi kita.  

so kurang2kanlah penggunaan aircond tu. contohny klu nek kereta tu tak payah pasang aircond bukak je tingkap luas2. bila hujan je baru pasang aircond takut nant tak nampak jln pulak.  peti sejuk tu jgnlah beli banyak2. satu rumah satu peti sejuk,ok ape. dalam kehidupan seharian kita memang tak boleh nak elak dr guna semua benda2 ni. tapi yang pasti kita boleh kurangkan penggunaannya. 



seronoklah tutup lampu, pasang lilin...teringat memori masa kecik. 




jagalah bumi untuk generasi akan datang (anak cucu kita jugak). dan yang lebih penting lagi Islam mengajar kita agar menjaga dan menghargai alam sekitar kita. 

Monday, 26 March 2012

sukan di uum

assalammualaikum...

pada hari jumaat yang lepas. iaitu 23 Mac 2012 , ak ngan kengkawan ak p join perbarisan for sukan universiti. that perbarisan kurang lebih mcm ni la....







 perbarisan dengar orang berucap....nak tdo takleh...tp tdo smbil berdiri ok pe....klu ak on ja
 dpp sime darby dgn kaler pink..cantekkkk...maskot arnab yang comeiiiii.....my lovely tnb maskot dah maut d jalanan...hakhakhak....klu takde kerosakan teknikal kat maskot tnb ritu mest dah menang  perbarisan pny.....takpa2 next sem



askar2 from sg. petani....main muzik tuk perarakan 








ex pres a.hisyam pun ad....with my dear nesia...n the stalker2...paan,angah n achong..... they really look happening......:D


the besh room8 in d world n the besssstttt frenz when i'm in hungry.....they know me well....terima ak apa adanya ak.....sbb klu lapor je, dan2 kebas makanan dorg....huhuhu


basikal y jadi mangsa sepanjg sesi penggmbaran "sesuka hati".....mesti tuan dye panas hati je tgk dr jauhhhh....basikal canteeekkk sgt 


korg y terbaik......



kayu pengukur ketinggian.....ok...prs bahu ja....dah tumbuh gg bongsu mknany dah takleh tinggi....suke3

syue,kiyah n nik y everywhere together forever....
















lastttt perbarisan with makan....cam biasa, spe y taknak aym bg ak....syur sumer jgn buang....sumer bg ak biar ak habiskan.....

the moment of my fwenz y happng, baik hati....n kadang2 sengallll......korg is the beshhhlah

by ; budak jian double trouble sengall....

Saturday, 31 December 2011

new entry...

assalammualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam diatas semua anugerahNya, dan kurniaanNya yang tidak terhingga. 

lama dah tak menulis ni...tak taw nak mula mcm mana dah...ok2...mula-mula sekali nak cakap "Selamt Tahun Baru"...takde niat nak sambut pun tahun baru...just ucapan shj...Sbb kita sbg umat Islam dah pun berada dalam tahun baru sekarang...oklah...sekarang kita dah ad dlm tahun 2012....maknanya sgl perkara yang berlaku tahun lepas iaitu 2011 dah menjadi kenangan....dan pastinya dalam kenangan itu ada yang manis ada yang pahit.....mcm sy sendiri tahun 2011 menjadikan sy lebih matang dan lebih paham dalam menempuhi kehidupan.....pemergian insan tersayang memang menyedihkan tetapi ini yang harus ditempuhi....apabila sesuatu pemergian berlaku sebenarnya membuatkan kita lebih menghargai insan2 yang ada disekeliling kita selama ini....dan membuatkan kita lebih dekat dgn pencipta kita sbnrnya....ingatlah semua benda y berlaku ada hikmahnya....

ok tak nak citer sedih2 dah....2011 pun byak kenangn manis y best2 ape....nak citer pun tak abis...takpelah, ada masa nanti kiter citer ag......al-maklumlah ni tgh skip dr study....esok exm...takpe2 sekejap jer nih...

apapun berdoalah semoga setiap hari kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam.....sama ada dr segi pergaulan kita, ibadah kita, pelajaran,sikap kita dan len2 ag....sbb kita mesti kena ada target untuk menjadi seorang yang lebih baik....

tak leh nak tulih lama2 coz esok ada exam....hakhakhak....sempat ag nih, tu yang kelam kabut tulih nih....this is my first entry in 2012...setelah sekian lamanya tak pernah nak update blog nih....hahaha.....

lastly jadikan esok sebagai permulaan untuk jadi lebih baik.....harap maaf, sy rs entry nih mcm tak tersusun ckit....takpelah...tgh rushing nie....

semoga apa yang kita semua telah lakukan tahun lepas menjadi mendapat keberkatan daripada Allah....Amin.

Friday, 27 May 2011

malam ni keseorangan....

assalamualaikum
rini...ak bangun lmbat ag mcm bese...teruk3

pastu g jitra ngan azah ...balek dr jitra...ayah azah datang jemput dye balik kelantan....huuuuu ak tgl kat bilik sensorang mlm ni...jiran kiri kanan sumer da balek....

sem depan InsyaAllah jumpe ag sumer kwn2 yang sgt baik kat cni...

cdey ase...tgl sensorang.......emmmm..nak citer ap ek?..nak citer psl kawan la...

pada ak kawan adalah insan sgt istimewa...zaman membesar ak semuanya dikelilingi kawan2..

masa ak tadika kawan ak suke main buaian dan papan jongket2...dimana ak jadi tukang menghayun buaian dan tukang thn kaki ketika men papan jongket....ak syg mereka

masa ak skolah rendah ak naik dan tumpang basikal mereka...makan nasi lemak makcik kantin bwh pokok dekat padang sekolah,depan longkang....hehe..ak sayang mereka...




masa ak sekolah menengah dok asrama...ikatan kawan kami sume dah mcm adek beradik....sme2 nakal...sme2 nangis...sma2 risau antr satu sm len...ad makanan mkn sm2...ape brg pinjam meminjam...salah phm pon gaduh sekejap jer...ak sayang mereka...

masa kerja sementara ak da keluar dari dunia persekolahan...ak berhati2 berkwn...Alhamdulillah masih dipertemukan Allah dgn kawan y baik..y anggap ak mcm adek...sme berkongsi pndpt dan cerita.....Ak sayang mereka

masa kat u ni...Alhamdulillah masih dpertemukan Allah dgn kawan y baik2...

kesimpulanny semua owg y ak kawan sumer sgt baik...merekalah kwn bergelak ketawa..kawan bercerita,kawan y memahami,y beri sokongan....harap ikatan ini kekal  ilal akhirat....Amin......


Tuesday, 24 May 2011

no matter what...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Assalammualaikum..w.b.t..

tengok video ni ngan hati,nilailah ia dgn penuh kebijaksanaan.......

terima kasih puan..!!!

Asalammualaikumwbt...


Kepada semua pelajar perempuan muslim yang sangat saya kasihi,
seperti yang saya janjikan, akan memberi message terakhir saya kepada kamu untuk sem ini. Mengambil tannggungjawab sebagai seorang guru saya mengambil peluang ini untuk memberi peringatan dan pesanan kepada kamu semua tentang perkara yang paling asas bagi seorang muslim iaitu " menutup aurat".
Menutup aurat adalah WAJIB dan yang paling asas bagi "orang Melayu" adalah memakai tudung. Sedangkan menurut Islam menutup aurat adalah keseluruhan anggota badan "kecuali muka & tapak tangan".
Justeru di sini, setiap kali masuk ke kelas, saya memerhatikan kamu seorang demi seorang, dan kali pertama saya masuk kelas pada 17 Januari 2011 saya sudah dapat melihat ada di antara kamu yang terlalai & tidak mungkin kamu terlupa kerana asas bagi orang muslim yang berakal ialah menutup aurat.
Dan saya berpesan-pesan dengan kebenaran bahawa, tidak ada gunanya sebarang kebajikan atau kebaikan atau perjuangan (termasuk belajar) sekiranya kamu terang-terangan BERANI melawan/melanggar hukum Tuhan. Tolonglah berfikir. Siapa kamu & untuk apa kamu datang dan kepada siapa kamu akan kembali.
Bagaimana hendak mencari ketengan & redha Tuhan sedangkan dengan angkuh dan sombong kamu berani melawan HUKUM Tuhan. Untuk apa? Apa yang dicari sebenarnya?
Kamu berusaha bersungguh untuk masuk ke kelas sebelum pada jam 8.10 am dan sekiranya terlewat kamu bersusah payah memohon maaf kepada saya dan memberi pelbagai alasan. Membuat tugasan seperti yang disyaratkan & memberi surat pelepasan sekiranya tidak dapat hadir ke kelas. Kenapa? Kenapa?. Siapa saya? Saya juga seperti kamu hanya diciptakan & akan dikembalikan. Kenapa kamu harus takut kepada saya sedangkan saya juga hanya meminta daripada "Dia". Tetapi...
Tetapi kamu langsung tidak pernah takut kepada Tuhan sekiranya kamu tidak menutup aurat. Langsung tidak pernah, sedangkan kamu sendiri sudah sedia maklum apakah hukumnya bagai orang yang tidak menutup aurat. Azabnya amat pedih. Ingatlah. Tutuplah aurat kerana kamu semua telah pun mecapai akal baligh. Ganjaran Allah kepada hamba yang menurut perintahnya amat besar Rahmatnya, sedangkan ganjaran daripada saya hanya sekadar grade A B C yang masih tidak menjamin kerjaya & kehidupan kamu pada masa hadapan.
Pelajar yang dikasihi,
Saya persoalan mudah saya, apa gunanya kamu solat jika tidak menutup aurat. Bagi yang mewarna rambut, bagaimana wudhuk yang kamu ambil? Apa gunanya kamu berpuasa, jika kamu tidak menutup auarat. Apa gunanya nikmat kesihatan dan kecerdikan yang diberikan kamu kamu sekiranya asas Islam itu sendiri kamu tidak mahu mengikutnya.
Janganlah kamu sesekali berani melawan hukum Tuhan. Takutlah pada Tuhan yang boleh memberi dan mengubah segalanya-galanya hanya dalam sekelip mata, tanpa kamu jangka, tanpa kamu duga.
Untuk Pesanan Terakhir Semester ini, sesudah kamu membaca pesanan ini ingatlah satu perkara Tuhan amat menyukai hamba yang selalu memohon dan meminta-minta. Sebanyak manapun permintaan kamu & sebesarmanapun dosanya yang ada, Dia tidak pernah tidak mendengarnya dan amat mengasihi hamba-hambanya...  
Saya mohon & merayu pada kamu, tutuplah aurat dengan sempurna dan percayalah kamu akan rasai sesuatu yang berbeza selepas melakukannya. Saya terlalu mengasihi kamu semua, maka dari hati saya ini...terbitlah pesanan ini kerana peluang saya untuk bertemu dengan kamu dan peluang kamu untuk bertemu dengan saya, mungkin ada dan mungkin tiada lagi...
Wasalam.

copy paste from my beloved Lecturer of prinsip ekonomi.


Sunday, 22 May 2011

jangan jual ikan....INGAT!!!!!!----selfish-----




*** KISAH PERANGKAP TIKUS*** (RENUNGAN)

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan istrinya, saat membuka sebuah bungkusan. Ada mainan fikirnya. Tapi dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan, “Awas ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati ada perangkap tikus di dalam rumah!”




Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap mencakar tanah, mengangkat kepalanya dan berkata. ‘Ya, maafkan aku Pak Tikus. Aku tahu memang ini masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara pribadi tidak ada masalah. Jadi jangan buat aku sakit kepala lah.”

Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing. Katanya, “Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di dalam rumah!”




‘ia? aku simpati dengan kabar ini.” Si kambing cuba menenangkan dengan penuh simpati. “Tetapi tidak ada sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdo’a. Yakinlah, kamu senantiasa ada dalam do’a-do’aku!”

Tikus kemudian berbelok menuju si sapi.‘Oh! Sebuah perangkap tikus?” jadi saya dalam bahaya besar ya?” kata sapi sambil ketawa, berteleran air liur.





Jadi tikus itu kembalilah ke rumah dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Ia merasa sungguh-sungguh sendiri.

Malam tiba, dan terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menagkap mangsa. Istri petani berlari melihat apa saja yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahwa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematok tangan istri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke rumah sakit.

Si istri kembali ke rumah dengan tubuh mungil, demam. Dan sudah menjadi kebiasaan di keluarga petani, setiap orang sakit demam, ubat pertama adalah memberikan sup ayam segar yang hangat. Petani itupun mengasah pisaunya, dan pergi ke kandang, ,mencari ayamnya untuk jadi menu utama supnya.

Tapi, bisa itu sungguh tajam, si istri tak kunjung sembuh. Banyak tetangga yang datang memenuhi ke rumahnya. Iapun harus menyiapkan makanan, dan terpaksa kambing di kandang itu dijadikan gulai. Tapi itu tidak cukup, bisa itu tak dapat dirawat. Si istri mati, dan berpuluh orang datang untuk mengurus pemakaman, juga kenduri arwah. Tak ada cara lain, sapi di kandang itupun dijadikan santapan untuk puluhan rakyat dan tetamu

Shabat,....... apabila kita mendengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kita fikir masalah itu tidak ada kaitannya dengan kita sadarilah bahwa kita tidak hidup sendiri, ingatlah hikmah kisah di atas.

Sikap mementingkan diri sendiri dan mengacuhkan masalah orang lain yang memerlukan pertolongan kita ternyata lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya.

Wassalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh 
(disalin dari buku : Kisah Kisah Renungan dan Motivasi)