Friday, 23 May 2014

dah tau apa nak buat bila bateri kereta abih

Assalammualaikum

beberapa hari ni aku dengan member2 aku asyik keluar berjalan je...bila dah sekali keluar melarat la sampai dua tiga kali pulak...kalau duk kat bilik kitorang tido sungguh2 kalau dapat keluar pulak kitorang keluar sungguh2...

nak dijadikan cerita masa keluar malam tadi...otw nak balik kete takleh start...tapi nasib baik kat parking, klu kat tgh2 traffic light...jenuh tahan malu la...

kete tu takleh start sebab bateri habih...nak buat camne taktau...nasib baik ada en manager ni tolong n 2 orang kengkawan dia yang lain..ahaks...(tau dia manager sebab dia bg name card...OPERATION MANAGER...fuhhh) kebetulan dia parking sebelah kete kitorang...bila dia tengok kitorang macam blur je taktau nak watpe kete takleh start dia pon datang r tanya..."sepatutnya kitorang yang g tanya dia dak, sebab nak mintak tolong ngan orang"...tapi takpelah, kitorang perempuan takkan perigi cari timba kot...cehh takde kena mengena langsung....

papepun hari ni kitorang belajar la macam mana nak guna jumper bila kete takde bateri....sebelum ni yang aku tau kalau kete takleh start takda bateri kena tolak la kete tu...sebab ayah aku selalu suruh tolak kete dia kalau kete takleh nak start...beselah dulu2 kete charade tu ha...tapi aku suka tolak kete...kuat jugak aku boleh tolak...tapi pakai jumper ni ag senang...bila member aku ngan en manager cakap boleh guna jumper tadi aku macam blur...macam mana ghupenya jumper tu??....eksaited nak tau nih...nak jugak belajar nanti dah ada kete sendiri..senang sikit...yelahh walaupun perempuan kita kena tau jugak benda2 basic pasal kereta ni kan....barulah tak kena tipu hidup2 nanti

taraaaa!! ha nilah jumper



macam dalam citer rob b hood..yang jackie chan berlakon tu...time nak selamatkan baby....aku nangis masa scene tu...sedihhhh...dah la baby tu comeiii... jadinya sekarang ni taulah jugak macam mana nak buat bila tengok orang tu sambung jumper ni kat kete kitorang ngan kereta dia tadi...dapat jugak ilmu hari ni..takdelah nanti tau bawak kete je kan...sekurang-kurangnya ilmu basic pasal kereta kena tau jugak...barulah tak kena tipu..setakat ni aku dah tau macam mana nak cek air, cek minyak hitam, dgn bateri...tukar tayar tak tau boleh buat ke tak...tapi nak belajar la nanti....







nilah scene dalam rob b hood yang aku cakap tadi tuh...

#orang malaysia nih sumer baik2 suka tolong orang:)))))
#en manager bagi name card...konfiusss nak contact ke tak?
Wassalam:))






Friday, 16 May 2014

to do good deeds is an opportunity

assalammualaikum w.b.t

hari ni aku nak story something yang boleh kita jadikan panduan...selalunya aku asyik bercerita benda yang tak menjana minda kan...ari ni aku nak citer pasal benda yang bagi faedah pulak...

sem ni aku ada satu kelas marketing yang aku suka pergi...bukanlah kelas2 lain tu aku tak suka pergi..sukaa...cuma kelas ni lain sikit...bessttt...(service marketing)...aku suka pergi kelas service marketing sebab sir yang ngajar kitorang ni sangattt baikk...dia selalu nasihat kitorang macam ayah nasihat anak dia...dia jugak selalu buat kelakar...kelas dia setiap hari rabu ngan ahad..kalau aku pergi kelas dia..tak pernahh aku pergi tak gelak...setiap kali pergi kelas dia mesti aku akan gelak....sebab dia suka buat lawak...apa je cerita yang dia bagitau kitorang mesti kelakar... aku pulak memang suka gelak2 ni...memang syokkk la...

sir ni bukan setakat cerita2 kosong je dengan kitorang, kebanyakkannya ada pengajaran la untuk kitorang...ari tu dia cerita pasal buat benda baik dan beristiqomah dalam melakukan amal2 ibadah ni....

kita ni kadang2 iman selalu turun naik kan...tak tetap..ada masa kita akan buat banyak sangat amal satu hari...ada masa satu hari tu kita tak buat apa2 amal pun...aku selalu jugakla macam ni...kita semua mesti tak suka bila jadi macam ni kan...kalau boleh nak selalu buat amal dan setiap hari makin banyak amal yang kita buat....tapi tulah..

apapun kita cubalah beristiqomah...maksudnya biar setiap hari kita sentiasa melakukan amal ibadah...sikit pun takpe yang penting buat...contohnya macam baca Al-Quran. setiap hari mesti baca. wajib!!..sikit pun takpe..contoh setengah atau satu mukasurat sehari..tu pun dah ok. yang penting buat. kalau kita nak bersedekah pulak...takkan la hari2 kita nak sedekah seribu kan...mustahil la...kalau gitu setiap hari kita sedekah seringgit...seposen pun boleh...asalkan setiap hari...kumpul kumpul kumpul sampai umur kita 50..seposen kita dah jadi banyak..5000 kot...entahlah aku malas kira. tapi macam tula perumpamaan yang aku nak cakap...buat baik ni sikit2 pun takpe...

sir ada bagitau kat kitorang yang nak buat baik ni adalah satu peluang..tak semua orang dapat buat...hanya orang yang nampak peluang tu je dapat buat...contoh yang sir bagi kan...tong sampah terbalik...ramai orang nampak tong tu terbalik...tapi tak semua orang nak p angkat tong tu and tolong sapu sampah yang terabur tu...benda ni nampak macam remeh kan...tong sampah je pun...tapi bila kita dah sapu tu..kita sebenarnya dah memudahkan ramai orang tau....aku insaf jugak la bila sir cerita macam ni...sebab aku pun kalau nampak tong sampah terbalik selalu buat tak tau je...sebab malas...selalu rasa macam nanti ada la orang lain yang kemas....padahal that is my opportunity to do good deeds...hrrmmmm...

jadi sama2 lah kita buat baik...tak kisahlah apa bentuk kebaikan pun...sekarang ni pun ramai yang buat macam2 amal baik....aku baru baca kat fb pasal customer bayar lebih kat satu cafe ni...ada 2 customer datang order kopi 5..amik 2...bayar untuk 5 kopi...3 kopi yang tak amik tu dorang panggil pending coffee..mana2 orang yang tak mampu atau tak makan lagi hari tu akan datang kedai tu dan tanya ada pending coffee tak, so org2 ni akan dapat minum or makan untuk hari tu....masa aku baca ni kat fb aku rasa baiknyaa orang yang ada buat macam ni....bagus sangat...tulah kalau nak buat kebaikan macam2 cara sebenarnya....



pernah dengar pasal geng "kindness"...wujud kat kL, tapi sekarang dah banyak kot ada kat tempat lain...dorang akan buat charity dengan mcm 2cara...antaranya bagi selipar free kat masjid...derma seringgit kat sapa2 dan di mana2...dorang akan tampal seringgit tu kat dinding ka...sambil tulis sapa nampak duit ni sila ambil ini duit awak...bagi kupon kereta free kat kereta yang takda kupon parking, bagi makan kat homeless....macam2 lagilah....orang2 yang join geng kindness ni semua jenis suka buat aktiviti volunteerism and charity....

harapnya kita semua dapat jadi seperti orang2 yang selalu buat baik ni....In Shaa Allah...

sir yang ngajar aku service ni nama dia Haji Mohamad Zainol...sangat baikk...semoga Allah merahmati beliau dan ahli keluarganya...Aminn...jugak untuk semua guru2 yang pernah mengajar aku pendidikan dan erti kehidupan...semoga mereka semua diirahmati Allah...Aminn...begitu juga untuk mak ayah dan umiku....Aminn...

Salam...




Wednesday, 30 April 2014

AZAM BARU 1 MEI

Sempena masuk bulan baru ni, aku ada azam baru. Bukan en azam mahupun azammuddin yerr. Tapi azam. Maksudnya…err maksudnya apa ea??..aku rasa maksud dia benda yang kita nak capai. Iaitu suatu perkara baru yang kita nak lakukan dalam hidup kita, untuk mencapai hasil yang lebih baik dari sebelum2 ni….hmm amacam, bagus tak makna yang aku bagi ni..hasil penggunaan kamus dewan bandaraya majlis..

Apa-apa pun maksud dia lebih kurang macam tu lah…tapi kenapa aku tiba2 nak berazam baru pulak ni??…ha!! sebabnya start dari tarikh ni, lagi sebulan je masa yang ada sebelum exam final. Cakap sebulan macam lama pulak bunyi dia…4 minggu…tolak masa makan, tido, lepak, tengok movie, sembang, berangan..tinggal tak berapa hari je lagi nak exam…so haruslah perasaan insaf tu wujud dalam diri kan, padahal sekarang dah pukul 2 pagi, tapi dok menghadap blog cabuk ni ag, bukan masuk exam pun…ahh tak kira nak update jugak…nanti di masa hadapan boleh tengok balik, apa yang aku mengarut sensorang…oklah jadinya azam aku y baru ni,

-aku nak bangun awal…takmo bangun tido lambat2 dah…bila bangun awal semangat sikit nak buat2 macam2 kerja untuk hari tu..
-nak study rajin2…kalau boleh nak baca buku je bila ada masa free, takmo tgk movie, lepak2, sembang2 ngan berangan lagi dah…rasanya macam nak pergi study library selalulah…duduk dekat bilik, aku lemah tengok katil…
-and banyak lagilah azam baru yang baik2…even I don’t know I can do it or not…as long as I have an intention to do it…its good enough i think..

makanya, semoga hari2 yang akan datang ni akan jadi hari2 y lebih baik dr sebelum2nya..siapa sangka dengan sedikit kekuatan yang dipinjamkan Ilahi kita mampu menghadapi pelbagai perkara yang telah berlaku di awal2 bulan tahun 2014 ni dgn baik, diharap y akan datang juga adalah yang baik2..In Shaa Allah.....tak lama lagi dah nak masuk bulan rejab, syaaban, dan ramadan..pastu syawal...sekejap sungguh masa berlalu...…

hidung, mata semua dah berair…mengantuk….bye…salam…err last2 can I say I’m kawaii hoho…Pui!! tak pyh nak perasan…

Monday, 24 March 2014

MH370

tika berita ini bertebaran
tak dapat aku gambarkan perasaan ini
dada rasa ketat, berat
menahan kesedihan
seperti sebelum ini

mungkin ahli keluarga penumpang lebih sukar menerimanya

tak dapat kubayangkan
bagaimana
semuanya

Ya Allah, kami berdosa
ampunkan kami Ya Allah...
Kami redha Ya Allah..

Kau tabahkanlah hati2 keluarga penumpang dan krew pesawat...Amin..

24/3/2014
flight ended in the southern indian ocean.........................
Allah ampunkan kami, kami tidak berdaya Ya Allah

Saturday, 15 March 2014

My Work Experience...

my first experience was being an ustazah at sekolah agama rakyat at my kampung, felda lembah klau. that time umur aku 19 tahun. sekarang sudah 24. sudah tua rupanya. macam tak percaya je aku pernah jadi ustazah. ustazah nor jihan. ha jangan main2. masa aku jadi ustazah antara pengalaman yang aku dapat, ialah jangan bagi muka sangat kat budak2 ni. means murid2 la. sekali bagi muka. hah!! dipijak2nya kepala aku ni. untuk yang nakal sikit tu la. yang baik2 yang lain tu ok je. maklumlah mula2 masuk sekolah aku tunjuk la aku ni baik, boleh jadi member untuk dorang, boleh borak apa2 je. sebab aku pun masa tu muda lagi kan, tak matang. tapi lain pulak jadinya...bila dorg tengok aku for the first time is seorang yang tak garang, lembut2 macam tu.....(lembutlah sangat)..so for the other time bila aku marah, dorang absolutely TAK TAKUT langsung...boleh buat main2 lagi dengan aku. bila aku nak rotan budak2 yang nakal ni. boleh pulak dorang lari sambil suruh aku kejar...gila apa! takkan aku nak kejar dorang sambil pakai baju kurung...aku pun sabor jelah...berasap kepala aku tengok dorang lari sambil menganjing2 aku...gerammm betoiii...tapi yang bestnya budak2 ni bila kita marah dorang, dorang tak simpan dalam hati..esok kita datang sekolah dorang boleh tegur kita macam biasa.usik2 kita lagi. so aku pun lupalah yang semalam aku dok sakit hati ngan dorang....
masa masuk kelas darjah satu pulak....aku pernah tolong betulkan tudung sorang murid ni. lepastu abeh semua budak2 perempuan yang lain nak betulkan tudung jugak. haihh, parah2..apa2 pun budak darjah satu ni memang comellll, kecik je dorang...

my second experience was being an ustazah also but dah up sikit. jadi ustazah kat sekolah menengah pulak. aku takut giler nak datang mengajar kat situ. sekolah tu kat jerantut. aku mmg tak confident langsung nak mengajar situ, sebab rasa macam budak2 yang kat situ lagi pandai dari aku. dorang pun kebanyakkan dah besar. dah remaja. aku baru habis sekolah. masa tu memang rasa tak bersedialah....sebelum ni sekolah rendah. oklah sikit...papepun aku teruskan jugak sampai aku dapat offer masuk u. 

my third experience was aku pernah kerja kat bazar ramadhan. jual2 kuih apa semua. aku kerja sekali dengan kawan baik aku. actually bukan jual kuih, buat kuih, pun sekali la. oklah jugak. daripada tak pernah buat kuih sebelum ni. sekarang dah pandai dah.huhu.. makcik yang kitorang kerja memang pandai masak. apa je makanan yang dia jual mesti laku. and gerai dorang memang femes la kat tempat aku. kat raub ni. mak cik tu bagitau dorang buat makanan yang dorang jual ni, macam kita nak makan sendiri. kalau kuih yang kita nak makan sendiri for sure la kita akan buat sedap2 kan. macam tu la jugak dorang buat untuk jual. aku kalau nak cerita pasal kedai makcik ni, sehari pun tak abih. sebab daripada laksa, mee, kuih sampailah ke air yang dia buat semua sedap. tapi aku bagitahu, penat giler...masa tu bulan puasa. pagi2 lagi kitorang dah pi rumah makcik tu. sampai2 terus tolong makcik buat kuih. lepastu lepas zohor pergi bukak kedai dekat bazar pulak. penat woo. kerja menghadap makanan. tapi takleh makan. sabor jelah...tambah dengan customer punya behavior yang bermacam2 lagi. bulan puasa lagi...memang menguji keimanan sungguh. nasib ada kawan baik aku ada. hari aku down dia bagi semangat kat aku. hari dia down aku bagi semangat kat dia. macam tulah kitorang bertahan sampailah nak dekat habih bulan poser. time dapat gaji syok gila. tak sampai sebulan je kerja. boleh dapat banyak jugaklah compare with kerja lain kan. puas hati aku. tapi aku pun tak tau apa aku buat ngan duit tu. tahu2 je dah abih. memang aku tak reti menyimpan...

my fourth experience as computer lab assistant in uum. kerja rilek. sesuai sangat la untuk student wat part time. sambil kerja boleh study. even tak masuk pun benda yang dibaca dalam kepala otak. at least, baca. 

my fifth experience is kerja dekat kedai jual kain baju. lebih kurang macam zon ria, hari-hari. cuma yang ni tak femes macam hari-hari tu la. nama kedai ni takleh mention nanti aku kena saman, sebab aku lari. malas kerja. mana taknya aku kerja kat sini sehari je. esok tak pi dah kerja situ. kenapa??...penatttt dowh...penattt giler...dah la sensorang, takde kawan...kena buli...(tak kena buli mana pun, aku je yang rasa macam tu)...kalau ada kawan ok jugak boleh bagi semangat....ni sorang2...sedih..tapi owner kedai ni baik...auntie ngan uncle dua2 baik..aku je yang tak baik. pemalas....sebab tu kalau balik raub je, aku seboleh2nya takmo lalu depan kedai dia...malu...tau pun malu...sebab bersalah..lari macam tu je...

my sixth experience is kutip getah, kutip pucuk paku, pucuk ubi..buat jual...sapa2 yang takut pacat susah sikit la nak cari pucuk paku, kutip getah ni...hati kena kuat...kalau kena pacat..picit je...kutip getah tu tolong umi aku je. tapi dapat upah banyakkk. buat kerja sikit dapat upah banyak. ni baru best...tapi badan ko akan berbau getah. papepun jangan risau...bau getah tu bermakna bau duit...<3duit2<3...

my seventh experience adalah jadi kitchen helper kat edc uum. kerja dia tak penat. yang penatnya, berdiri....
kerja rilek je, potong sayur, potong bawang, decorate food. tapi oklah sekurang2 nya pernah jugak duduk kat dapur hotel and tengok profesional chef masak kan...ok apa. 

tujuan aku cerita pengalaman ni, bukanlah apa just nak berkongsi..aku tau ramai lagi orang di luar sana yang ada macam2 pengalaman pasal bekerja ni...bahkan mungkin lagi bernilai dari pengalaman aku...but through that experience i learn..yang nak cari duit memang susah...dan aku amat menghargai penat lelah ibu bapa aku bekerja siang malam untuk membesarkan aku.....

nite...

Sunday, 9 March 2014

Ya Allah, Bantulah Kami......

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

di saat mendengar berita mengenai MH370
seakan tidak percaya
betulkah??
macam mana boleh jadi macam tu??

istighfar.tarik nafas dalam2.
ingat
ini adalah ujian.
ini adalah kuasa tuhan.
Allah Yang Maha Besar.

Ya Allah 
kami berdosa,
ampunkanlah...
bantulah kami Ya Allah...

:'(...

Tuesday, 10 December 2013

ada satu benda aku suka cerita


assalammualaikum...

tengah2 buat assignment, rasa lenguh pulak. duduk lama2 atas kerusi ni. kaki kebas, pinggang sakit, leher lenguh, hmm macam2. baru 23 tahun dah lenguh sana sini. kalau ada orang tolong urutkan, kan seronok.....

bila tengok tajuk entry kat atas tu, rasa macam nak lempang je diri sendiri. yela, sebab aku nak update blog tapi tak tau nak cerita pasal apa, kehidupan aku tak menarik langsung untuk dikongsikan kat sini. bangun tidur, pergi kelas, balik kelas, beli makanan, wat assigment, study sikit2, tengok movie, study balik, member datang borak jap, pastu tidur..emmm sangat tak menarik. 

a!! tapi aku ada satu benda yang aku suka cerita. makanan. haha....yang kadang2 bila aku sembang2 ngan room8 aku pasal makanan ni, ada y dia tak tau, atau dia panggil nama makanan ni lain..actually bukan makanan je la, tumbuhan, buah-buahan and macam2 lagi la. 

aku adalah makhluk tuhan yang sangat2 suka makan buah yang masam2, semua jenis asam..sangat2...buah pelam aku boleh makan tanpa kenyit2 mata pun...terer tak..memang aku dah imun dah dengan masam2 ni...buah yang kat dalam gambar ni rasa dia semua masam. buah yang first ni aku panggil jambu masam je, tak tau nama dia apa, yang kedua tu aku panggil jambu keling, belakang rumah aku ada, tapi dah tumbang sebab angin kuat tambah dgn hujan lebat lagi, mana taknya dia tumbang.....pokok tu pun dah lama dah. daripada aku kecik ag...sekarang ni dah jarang makan jambu ni....isi dia kaler putih susu. gambar bawah yang first tu pulak nama dia jambu susu kot. masam jugak. tengah2 tu buah kundang yang dah jadi jeruk. maybe ada setengah tempat panggil buah ni dengan nama lain. tapi aku panggil, kundang. dia punya masam tahap super saiya. masammmm sangattt. tapi sedap. last sekali tu aku panggil buah stor. buat jeruk sedap, makan dengan kicap pun sedap. 


gambar atas yang first and second tu buah kundang. yang hijau tu muda...kuning tu dah masak. kalau yang dah masak tu takdelah masam sangat. bawah tu yang first buah cermai. buah ni sedap. dulu masa kecik time sekolah agama selalu beli....mak cik kantin tu letak dalam plastik aiskrim malaysia yang panjang tu. seposen satu.  kalau dah habis makan, bijik dia tu boleh buat main perang2. yang warna merah tu buah rokam. rumah aku takde buah ni, rumah kawan baik aku, ada...selalu mintak. lagipun mak kawan aku ni rajinn..kalau mak dia buat jeruk buah ni...akulah orang yang paling suka sekali....pergi rumah dia je, mak dia hidang. takpun kalau balik sekolah, selalu lalu depan rumah makcik yang ada pokok buah ni....(mak cik esah)..aku dulu balik sekolah jalan kaki,...lalu depan pokok buah ni je. aku memanjat dah..tak mintak kat tuan dia pun......




next is nak share pengetahuan pasal pucuk maman. tau tak pucuk maman ni apa?. tak semua orang makan pucuk ni, and tak ramai jugak la yang tau. kalau duduk bandar memang payah la nak jumpa. pucuk ni boleh buat jeruk dengan masak lemak kuning. aku pun baru je pandai makan maman ni. jarang beli jugak sayur ni.....

sebenarnya aku rasa, makan sayur2 kampung ni lagi bagus daripada makan sayur bandar. sebab sayur kampung takde bahan kimia. contoh macam pucuk ubi, pucuk paku, kangkung, keladi. mak, umi aku, makan sayur kampung je. tak makan sawi, kobis semua ni. alhamdulillah dia sihat dan kuat lagi. umur dia dah nak dekat 80-an dah jugak la... dia pun takde lagi penyakit2 moden macam gout, athritis, hepatitis, tuberkulosis, apa semua tu...alhamdulillah la....melainkan sakit lutut macam tu je...


a!! yang ni yang aku suka ni. tengah dok cari gambar2 makanan kat google terjumpa pulak gambar yang kat atas sekali ni. emm lembah klau. nak balikkk...bawah tu gambar pucuk keti. sedap masak macam kat sebelah tu...nyum nyum....


yang ni adalah makanan pahang yang terbaikkk sekali. sambal hitam. tempat lain memang takde. kalau ada pun tak sama. kalau makan nasi dengan sambal ni saja pun dah cukup dah. tak payah lauk lain dah. boleh tambah nasi sampai 5 kali wa cakap lu...sedappp sangat...kalau tak percaya. boleh cari testimoni orang2 yang dah makan sambal ni kat google. betull, sungguhhh, tak tipu...sambal ni masak guna belimbing buluh. belimbing buluh tu rebus sampai hitam. tapi takleh rebus pakai periuk, nanti periuk tu bocor. kena rebus pakai tin. tin bersih la. and jangan rebus pakai dapur gas. nanti gas habis. kopak duit nak beli gas...rebus pakai dapur kayu....jimat sikit...tujuan letak belimbing ni, sebab nak bagi sambal hitam ni tahan lama. boleh simpan sampai sebulan. sebab tu sambal ni sangat femes kat asrama kat pahang. lauk asrama kadang2 tak sedap,  sebab tu ramai kawan2 aku bawak sambal ni. aku belajar makan makanan pahang macam tempoyak, asamrong semua ni..time aku duduk asrama la...


ni pulak sambal tempoyak. tak payah cerita banyak pasal tempoyak ni. semua orang tau. tapi nak habaq mai sambal tempoyak ikan bilis tersangatttlah sedap. 


yang bawah ni asam rong. rasanya pedasss sangatt. pedas yang melampau2..kalau selalu makan boleh kena buasir. tapi sedap jugak.. nak buat ni kena buat guna buah perah...sesetengah tempat kat malaysia ni guna buah getah. aku tak tau macam mana masak dia. tapi aku suka makan..ni semua makanan orang pahang. duduk asrama la baru aku tau semua ni. apapun aku bersyukur sebab aku dapat merasa nikmat memakan makanan yang sedap2 ni... 


akhir sekali nak cerita pasal makanan orang kedah. sebab keturunan aku sumer daripada kedah. secara tak langsung apa benda yang berkaitan dengan kedah mesti la aku suka. lebih2 lagi orang kedah..huhu...
benda ni nama dia nasi ulam. tok aku akan buat nasi ulam ni time bulan ramadhan je. hari2 lain malas katanya. nak pergi cari ulam. sakit lutut. tapi bulan puasa boleh pulak pi cari. nak harap aku yang cari memang ke lautttt....daun lain yang nak guna daun lain yang aku cari...maybe sebab aura bulan puasa, semangat sikit bila ada nasi ulam time buka puasa. lagi satu mesti dia tak tahan dengar cucu hat sorang ni dok merayu2 suruh buat nasi ulam. mana ada tok yang tak sayang kat cucu dia....ye dakkk...dalam dok bising membebel tu pon dia buat jugak...sayangggg tok ngan tokwan....sapa yang duduk dengan datuk ngan nenek dia mesti tau betapa syokkknya membesar dengan depa and betapa sayangnya kat depa...hampir sama dengan sayang kat mak ayah sendiri.  


nampak sangat selera aku selera kampung..nak buat macam mana beb dah memang gua membesar kat kampung...tapi gua makan jugak lasagne, (cara sebutannya macam ni "la za nea") fettucine alfredo, carbonara..semua tu...
dah namanya gua memang suka makan...tolak batu ngan kayu je la....wasalam...

terima kasih....^^


Thursday, 28 November 2013

Miracle in Cell No.7

lama dah aku tak tengok movie lepas tengok the conjuring hari tu...malam tadi baru tengok pulak. movie korea "Miracle in Cell No.7". saja nak cerita kat sini, sebab nak bagitau cerita ni sangat sedihhhh..T_T...berjurai-jurai air mata aku mengalir tengok cerita ni, habis basah tangan, lengan baju semua. Sebab lap air mata pakai tangan je. Tak sempat nak spare tisyu, manalah nak tau citer ni sedih tahap gaban, ingatkan propa je lebih...

kebetulan cerita ni nostalgia sangat, sebab ada sailormoon “dengan kekuatan bulan akan menghukummu”...wahhh..dahla aku membesar dengan sailormoon. Masa tu pun memang semua budak nak beg sailormoon, pensel box sailormoon, key chain sailormoon...

tengoklah sailormoon, eh!!, tengoklah Miracle ni..untuk sapa2 y tak tengok ag..ada jugak pengajaran yang kita boleh dapat....daripada dok tengok citer hantu rempit melayu, gangster tok nenek opah hang, atau villareal taman rasyidah utama............T_T.....










enjoy watching...T_T


















Saturday, 23 November 2013

cemerlang dengan zikrullah

Assalammualaikum

"golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar".
Al-Ahzab, 35


"ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang"
ar-Rad, 28

wassalam.:)





Wednesday, 6 November 2013

BE CAREFUL WITH MY HEART!!!

sapa kat sini suka tengok citer filipina?..angkat tangan!!, kalau tak nak angkat tangan, senyum je pun takpe..:):)..hehe

sebab cerita filipina yang tengah dok tayang kat tv3 pukul 3 petang sekarang, memang betul-betul bessssssttt..

aku tak pernah tengok cerita ni dari mula, tapi still enjoy and faham cerita dia. biasanya kalau cerita2 lain tu, kalau kita tak tengok dari mula, mesti kita tak faham overall cerita tu and tak bersemangat nak tengok...

tambah pulak dengan watak hero dia yang mantopp even dia dok serius memanjang, payah nak senyum,..tapi charisma and aura yang dia ada dalam cerita ni betul-betul buat aku jatuh cintaaaa...haha

a simple girl, maya dela rosa pulak, watak dia memang mencuit hati, kelakar, jujur, baik makes her look very beautiful in this story...tambah pulak pelakon budak kecil yang comel tuh...hmmmphh gerammm

gambar2 ni aku copy dari google...pada aku orang filipina ni lawa2 jugak, orang sabah pun ramai yang cantik..maybe sebab sabah dekat dengan filipina kot...ada kacukan sikit2.








sekiannn..

Thursday, 31 October 2013

#sahabat# beb, aku tak boleh tahan…(cont)

(24.10)Tadi ayu pm kat fb. Tanya pasal birthday wishes yang dia post kat fb aku, 6 hb hari tu.
dia tanya, aku boleh tengok ke tak wishes tu.

Aku cakap tak boleh.

Ayu cakap dia ada post. Dia tak lupa birthday aku.

Otomatik aku rasa terharu, seronok, bersyukur sebab rupa2nya korang ingat.

Beb aku sedih tau hari tu sebab ucapan birthday daripada korang yang aku paling admirer. Seriouslyyy. Aku tunggu. Tunggu2 takde. Aku pun pikir maybe korang lupa. Sebab tak bukak fb.

Sebab tu bila ayu cakap balik pasal birthday tadi, rasa macam nak nangis sebab, aku memang ingat korang lupa. (biasalah orang perempuan kan, bila orang yang paling dia sayang tak ingat birthday dia boleh jadi gila tau..hehe).

aku ingat korang ada marah apa2 kat aku. Aku pun senyap je la. Macam2 benda mengarut aku fikir. Minta maaf yer.

(cont)..dah rindu kat korang dua orang ni…








        



Sunday, 6 October 2013

BIRTHDAY PRANK YANG BETUL-BETUL DAEBAK!!

haha nampak sangat pengaruh running man betul-betul menghantui aku. tajuk entry pun dah macam mengada-mengada bunyinya kan...hehe takpelah ea :D.

kali ini aku nak story pasal aku punya birthday. 6 okt .... .

kenapa beria-ia sangat nak cerita pasal birthday niii??

sebab ni first time aku kena prank time birthday..(kenapa aku jawab macam sedih je ni)

eh nak bagitau, aku sedih bukan sebab aku kena terok2 masa prank. tak!. tapi sebab aku terharu dengan prank yang dorang-dorang buat kat aku. sebab masa kitorang main prank2 and masa kitorang makan2 i can feel their caring, their loving, their happiness, their sincerity, their cuteness, their kind hearted towards me and each of us indeed. that's make me appreciate so much of what they had done. (sorila type in english yang penuh dengan grammar error ni, kalau tulis bm rasa macam ayat cinta yang berbunga2 pule). And seriously i will never ever forget this moment. i love it. i appreciate it. to the cute girls thank you very2 much. untuk semua yang korang dah lakukan apa yang boleh akak cakap...

terima kasih,
terima kasih,
terima kasih,

dorang-dorang yang buat prank itu aku nak namakan dorang 'running girl' la. boleh? running girl ni ada 5 orang. song syue da, nik kwang soo, kim jong kiah, ha ha tini, and kang ida. dorang ni semua comel2 tau. tak lupa juga (ceh macam ayat orang dapat anugerah) buat roommate kesayanganku fiey fie, nadia, fatin, dan semua yang berada di sebalik tabir. ecececeh ada ke...

apa-apapun memang akak tak jangka langsung yang nak kena ngan korang. yela esoknya kan ada kelas. sapa la yang nak main2 and sambut birthday malam2 sedangkan esok pagi nak kena bangun awal pi kelas. tu belum dengan assignment yang nak kena hantar lagi...patutlah masa akak keluar tandas korang macam berterabur pergi merata. tini naik tangga, syu ngan nik p area blok depan. akak rasa pelik la jugak tapi tak ambik pusing sebab ingat korang nak p jumpa member....tambah pulak dengan kiah yang melayan je akak nak ukur tinggi la, ukur kaki sapa panjang la, ukur tangan, ukur jari,ukur leher dah macam nak masuk interview model. 

pengakhirannya memang plan korang jadi la. sebab mangsa yang diserang ni takleh nak defend diri pun. huhu. 

ini orang tua. betul, rambut dah beruban.


kek ni sedap sangat<3<3




pakcik google ingat kat saya...








saja nak upload ni, bukti2 kejadian


ni muka depan kad birthday yang dorang buat. cantik, kreatif, dapat 5 bintang. 



terima kasih atas semua ucapan. akak juga mendoakan perkara yang sama untuk korang semua. semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. dan akhirat yang paling utama. semoga Allah memberkati kita semua.Amin. 

salam.

jihan. 
7 okt. 





Monday, 30 September 2013

akibat cakap tak suka running man

Assalammualaikum

korang tau apa itu running man?...kalau aku tanya soalan ni kat 10 orang yang dipilih secara rawak, 9 daripadanya mesti tau. entah2 sepuluh2 orang tu, semua tau..

ini menunjukkan yang running man bukanlah benda yang luar biasa tapi menjadi satu fenomena yang luar daripada kebiasaan. fenomena yang mungkin hanya terjadi sekali dalam setiap 10 tahun. (eh apa y aku merepek ni..heheee).

kenapa aku cakap macam ni?!

sebab aku telah termakan kata-kata sendiri...yes inilah jawapannya.

korang mesti pernah dengar yang orang2 tua dulu ada berpesan kalau kita tak sukakan sesuatu benda tu jangan cakap terus terang yang kita tak suka. senyap sudah. sama jugak macam kalau kita tak suka dekat seseorang tu. senyap je. sebab kebiasaanya benda yang kita tak suka tulah yang kita nak dapat. dan orang yang kita tak suka tulah nanti yang nak jadi laki kita....fuhhhh.....(tapi dalam tv ada je cerita yang laki ngan perempuan ni kena kahwin paksa. masing2 tak suka antara satu sama lain. last2 sekali dorang bahagia)~_~<3...huhu.

ok kita berbalik kepada cerita running man tadi....

akibat daripada mulut aku dulu yang kemain kutuk orang yang tengok running man...sekarang aku pulak yang dok ketagih tengok cerita tu....:P

sehari mesti aku akan habiskan satu episod rm. disebabkan aku tak pernah tengok dari mula banyak la episod yang aku ketinggalan. and now baru aku faham kenapa dulu kawan aku suka sangat tengok rm. aku ingat dorang suka tengok rm, sebab rm ni daripada korea. yelah kan sekarang ni femes ngan fenomena k-pop. so apa-apa sahaja anasir yang datang daripada korea mesti akan jadi demam kat sini. aku pun tak faham apa yang orang suka sangat kat k-pop. aku rasa lagu dorang tak sedap pun. lepastu dah la suka buat muka comel. yang buat tu pulak lelaki2...hish tak boleh blah betol....

masa dulu pun aku ingat rm ni rancangan yang sengaja nak expose kan diri dorang depan kamera. buat2 comel. buat lawak yang tah ape2.  and rupanya tak pon. tapi still ada la sikit scene dalam rm tu yang kengkadang dorang buat2 comel...sighh**...aku rasa tu dah memang identiti orang korea la. tak boleh lepas dari anggap diri dorang tu comel. (yang lelaki2 ni la)...kalau perempuan tak kisah sangat la kan.

macam mana sekali pun aku tetap suka rm. takkan berubah dah. rm ni dah macam terapi ketawa untuk aku tau. secara tak langsung boleh menghilangkan stress, dan menyihatkan badan... lepas ni aku tak nak kutuk orang beria-ia sangat dah. sebab takut termakan balik, nanti tak terluah pulak....

gambar2 yang aku sajikan ni adalah antara scene2 dalam rm yang best la, yang kelakar, yang sweet and yang, yang apa ek?  yang aku sangat suka...hehe<3<3...peminat tegar rm mesti lebih tau dari aku. lastly, i like each of them veryyyy muchhhh

copied from google:-












fall in love with this song also. setiap hari aku akan pasang lagu ni bila bukak lap top. dan aku akan biar je dia repeat banyak kali....(aku rasa roommate aku pun dah boring dengar)


thank you:))





Thursday, 19 September 2013

resipi megi dak hostel terbaik

Assalammualaikum

sebelum ni kalau korang makan megi kat asrama ataupun rumah sewa, kolej ataupun apa-apaje la ....korang mesti rendam dulu megi tu dengan air panas bila nak makan kan....style biasa la. aku pun buat macam tu jugak sebelum ni kat asrama masa sekolah menengah dulu. 

tapi bila dah sambung belajar. aku jumpa ramai kawan kat sini. makanya bermacam-macam style masak megi kitorang kongsi. almaklumlah megi dengan budak-budak hostel kan mcm buddyz. takkan terpisah. lagi satu megi pun dicari bila kita berada dalam keadaan susah je kan. (maksudnya bila hujung sem poket dah kering)..memang sesuai sangat dengan istilah kawan baik. kan kawan yang baik hanya akan ada masa kita susah. that's a true frenz.  

so hari ini aku akan kongsikan resepi megi yang aku dapat daripada sorang kawan baik aku kat sini. budak johor. zila. comel orangnya. 

bahan-bahan yang korang perlukan megi sahaja. sebelum aku terlupa nak bagitahu resepi ni kitorang buat guna rice cooker. bagi yang takde rc ni korang balik buat kat rumah je la. (bajet ada orang nak buat) tp kalau dah balik rumah guna dapur gas lagi senang.

ok. mula-mula sediakan bahan2 dan perkakas2 yang korang nak guna. 




selepas itu didihkan air dalam rc. kalau banyak megi yang korang masak lebihkan sikit air dia. bila air dah mendidih korang letakkan megi dan perencahnya kedalam. kemudian korang kena tunggu sampai air megi tu kering dan megi kembang sikit. ada sesetengah orang dia tak suka makan megi yang kembang kan. aku dulu pun tak suka jugak tapi bila dah try buat dan makan. memang sedap. 


sambil nak tunggu megi ni kering airnya. korang bolehlah pergi basuh baju, online fb, or lipat kain baju yang berlonggok atas katil tu. ataupun korang boleh makan buah sebelum makan megi ni. megi kan tak berapa elok kalau makan selalu. so korang boleh neutralkan balik tahap kesihatan dengan makan buah. pandai2 je aku. masa ni aku makan epal. for your information epal bagus tau. pernah dengar tak pepatah 'an apple a day keeps the doctor away'


hmm nak cerita,..rc kat tempat aku belajar ni. haram dibawa. so kalau ada yang mengenali aku bila baca entry ni. senyap2 la ea. pleaaaaaaaasee>''<

aku rasa megi tadi dah masak. taraaaaa


maaflah. kalau ada yang terliur. erk ada ke. korang jangan pandang enteng ye megi ni. nampak macam tak sedap. tapi sekali makan, sampai jilat2 sudu tu. kalau nak sedap lagi tambah cili padi.perghhh sedap wa cakap lu. aku ingat nak letak cili tadi. tapi bila nak ambil, tgk pokok takde buah. hari tu ada. maklumlah pokok tak pernah disiram, baja jauh sekali. 

apa-apa pun resepi mcm ni je la aku mampu kongsi. takpe2 lepas ni aku akan kongsi resepi yang lebih berfaedah ok. 

see u..adiossss