Wednesday 4 April 2012

my spe class

FOR 
DR. AHMAD SAHIDAH
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA (GROUP C)
BAB 9
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini, banyak cabaran dan pelbagai masalah yang perlu kita  hadapi. Setiap masalah yang melanda diri kita sebenarnya menjadikan  kita lebih matang dan lebih bertanggungjawab. Segala masalah yang berlaku juga adalah petanda bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya dan Dia mahu hambaNya sentiasa berada dekat denganNya. Kerana apabila kita menghadapi masalah, memang tak ada tempat lain lagi yang kita boleh mengadu melainkan Allah. Dia sentiasa mendengar segala keluhan hamba-hambaNya.


MASALAH DAN ISU 
Apabila kita menghadapi sesuatu masalah kita hendaklah menyelesaikannya dgn segera kerana masalah yang dibiarkan berlarutan akan jadi satu isu yang lebih rumit untuk diselesaikan so (solve a problem and resolve an issue). 

SIFAT PENYELESAI MASALAH
Ada orang di dunia ini apabila dia menghadapi sesuatu masalah, dia boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat berbanding mereka yang lain. Kajian menunjukkan mereka ini mempunyai ciri-ciri seperti:-

a) motivasi yang kuat >> iaitu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi semua kesukaran
b) trait yang positif >> iaitu sifat-sifat positif yang ada dalam diri seseorang. contohnya mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.
c) jati diri >> iaitu mempunyai jati diri yang tinggi dan dapat mengawal apa sahaja suasana yang mungkin berlaku.
d) membina kemahiran >> iaitu boleh mengendalikan sesuatu masalah dengan berbagai-bagai cara.

KATEGORI MASALAH 

1) misteri ~ contohnya: letupan kapal angkasa Amerika Syarikat Discovery yang telah mengorbankan kesemua angkasawannya. punca kejadian tinggal misteri hinnga ke hari ini. 

2) tugasan ~ contohnya: seorang pelanggan memberitahu tukang gunting rambut tentang fesyen rambut yang dia idamkan.

3) kesukaran ~ contohnya: kerajaan negeri China ingin mendirikan rig telaga minyak di barat china tetapi menghadapi halangan seperti kekurangan tenaga buruh, kekurangan bekalan air dan sebagainya.

4) tidak pasti ~ contohnya: ketika kapal Titanic tenggelam, tidak seorang pun tahu lokasi sebenar nahas itu. Namun para pengkaji tidak berputus asa mereka cuba mencari juga sehinggalah menemui sebahagian daripada bangkai kapal tersebut.

5) dilema ~ contohnya: seorang gadis bernama Hamidah keliru untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya atau dengan orang yang disukainya.

Masalah boleh diselesaikan dengan berbagai cara, sama ada secara logik mahupun saintifik. Masalah juga boleh diselesaikan melalui penyelesaian secara kreatif/Lateral,  penyelesaian melaui perasaan dan penyelesaian secara Islam.

PENYELESAIAN MASALAH SECARA LOGIK
1) Mendefinisikan masalah
2) Mengkelaskan Masalah
3) Tentukan Objektif
4) Tentukan Ukuran Kejayaan
5) Kutipan Data
6) Membuat Keputusan
7) Melaksanakan keputusan yang diambil
8) Penilaian

PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK
1) Mengadakan Hipotesis
2) Mengumpul maklumat
3) membuat kesimpulan

PENYELESAIAN SECARA KREATIF/LATERAL
1) Jangan terlalu mempermudahkan masalah itu.
2) Cuba melihat lebih jauh disebalik apa yang ada di depan mata kita.
3) Menyoal semula andaian yang kita gunakan.

PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN
Jika menggunakan kaedah ini ianya perlu berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intelligence) seseorang itu.

PENYELESAIAN SECARA ISLAM
1) Pendekatan Hukum :- merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual.
2) Pendekatan Sufi :- bersifat moral dan spiritual

Kesimpulannya, jika kita menghadapi sesuatu masalah hadapilah ia dengan bijaksana. Jangan biarkan diri kita sentiasa berasa tertekan ketika menghadapi masalah kerana ia akan mempengaruhi fikiran kita untuk membuat keputusan secara rasional. Dan yang paling baik sekali ialah apabila kita menghadapi masalah mengadulah dengan Tuhan pencipta kita kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam hati kita. 

INGAT!!


by: nor jihan binti yusof
207293