Sunday 9 June 2013

random things to talk # part 1

ini adalah entry yang akan mengandungi percakapan2 yang mengarut dan tak penting sama sekali....entry ni samalah seperti mulut aku yang tak berhenti2 bercakap walaupun penuh dengan makanan....



full house. ini adalah satu-satunya cerita korea yang ada dalam laptop aku. yang aku simpan. cerita lain semua aku delete bila dah habis tengok. kenapa?. sebab aku suka tengok. walaupun dah berulang kali aku repeat, aku boleh rasa feeling lagi bila tengok. maknanya pelakon2 yang berlakon dalam cerita ni memang menjiwai watak tersebut dengan amat baik. eh pepandai je aku. tapi betul kan?. aku boleh rasa macam mana perasaan jie eun bila dia malas nak basuh pinggan, malas nak bangun tido, perasaan dia bila dia tunggu yong jae balik dekat depan umah sambil main basikal, perasaan dia, bila dia suka dekat yong jae tapi tak terluah, perasaan cemburu dia bila hye won telefon yong jae...aku boleh rasa semua tu!!, aku boleh rasa.....


kata kata dalam gambar ni macam menginsafkan la. rasa macam kalau dah ada couple tu nak putus je. sebab nak rasa jadi seorang yang ekslusif dan indah..ahh ayat aku, rasa macam nak terbang...


baby ni sangat comel. rasa macam geeeerammmm>< sangat. nak gigit2 je dia kalau dia ada kat depan mata. sebab geram sangat. nak gigit pipi dia, nak gigit perut dia, nak gigit bontot dia.  .geram. aku kalau geram menang aku suka mengigit. p/s terlampau geram dengan sesuatu benda sehingga menggigit dan boleh menyebabkan kecelakaan adalah satu jenayah. kes terdahulu, pensil 2b aku penuh dengan kesan gigitan dekat hujungnya. 



sekolah ini. aku sangat rindu. aku ingin jadi aku yang dulu. aku adalah kategori pelajar yang nakal. tapi tak pernah kena buang sekolah. so masih baik lagi. setakat tak pergi prep dengan lambat pergi sekolah. tu bukan jenayah besar pun. 


masa kat sekolah ni la, aku makan nasi lemak tepi longkang. aku pernah cerita sebelum ni. sini. ni masa sekolah rendah. banyak kenangan kat sini adalah yang terbaik dan paling menceriakan dalam hidup. yelah budak sekolah rendah. mana tau benda lain. main je. happy kan. 



kat sawah ni la aku buat sesi photoshoot. tak photoshoot mana pon. tangkap gambar biasa je. tapi special sebab bersama dengan insan2 tersayang. hebat kan. nasib baik aku takut lintah. kalau tak  habis sawah padi tu aku kerjakan semata2 untuk bergambar. 


sepupu. budak ni kalau orang lain dukung je nangis. bila mak dia ambik sengih pulak kat kita. buat2 nak dukung dia balik, nangis pulak. saja je


pak long dengan kimi. ni masa raya. tak ingat tahun bila. sekarang ruang rumah ni dah takde. nasib baik ada gambar. boleh tengok rumah lama. rumah lama walaupun buruk, tapi sayang kan sebab banyak kenangan. sebab tu la kalau korang ada rumah pusaka jangan la dijual rumah tu. sayang tau.

senyum. senang je kan. tak payah bayar pon. dah la dapat pahala. 

ty.:))
Assalammualaikum.