Monday 30 September 2013

akibat cakap tak suka running man

Assalammualaikum

korang tau apa itu running man?...kalau aku tanya soalan ni kat 10 orang yang dipilih secara rawak, 9 daripadanya mesti tau. entah2 sepuluh2 orang tu, semua tau..

ini menunjukkan yang running man bukanlah benda yang luar biasa tapi menjadi satu fenomena yang luar daripada kebiasaan. fenomena yang mungkin hanya terjadi sekali dalam setiap 10 tahun. (eh apa y aku merepek ni..heheee).

kenapa aku cakap macam ni?!

sebab aku telah termakan kata-kata sendiri...yes inilah jawapannya.

korang mesti pernah dengar yang orang2 tua dulu ada berpesan kalau kita tak sukakan sesuatu benda tu jangan cakap terus terang yang kita tak suka. senyap sudah. sama jugak macam kalau kita tak suka dekat seseorang tu. senyap je. sebab kebiasaanya benda yang kita tak suka tulah yang kita nak dapat. dan orang yang kita tak suka tulah nanti yang nak jadi laki kita....fuhhhh.....(tapi dalam tv ada je cerita yang laki ngan perempuan ni kena kahwin paksa. masing2 tak suka antara satu sama lain. last2 sekali dorang bahagia)~_~<3...huhu.

ok kita berbalik kepada cerita running man tadi....

akibat daripada mulut aku dulu yang kemain kutuk orang yang tengok running man...sekarang aku pulak yang dok ketagih tengok cerita tu....:P

sehari mesti aku akan habiskan satu episod rm. disebabkan aku tak pernah tengok dari mula banyak la episod yang aku ketinggalan. and now baru aku faham kenapa dulu kawan aku suka sangat tengok rm. aku ingat dorang suka tengok rm, sebab rm ni daripada korea. yelah kan sekarang ni femes ngan fenomena k-pop. so apa-apa sahaja anasir yang datang daripada korea mesti akan jadi demam kat sini. aku pun tak faham apa yang orang suka sangat kat k-pop. aku rasa lagu dorang tak sedap pun. lepastu dah la suka buat muka comel. yang buat tu pulak lelaki2...hish tak boleh blah betol....

masa dulu pun aku ingat rm ni rancangan yang sengaja nak expose kan diri dorang depan kamera. buat2 comel. buat lawak yang tah ape2.  and rupanya tak pon. tapi still ada la sikit scene dalam rm tu yang kengkadang dorang buat2 comel...sighh**...aku rasa tu dah memang identiti orang korea la. tak boleh lepas dari anggap diri dorang tu comel. (yang lelaki2 ni la)...kalau perempuan tak kisah sangat la kan.

macam mana sekali pun aku tetap suka rm. takkan berubah dah. rm ni dah macam terapi ketawa untuk aku tau. secara tak langsung boleh menghilangkan stress, dan menyihatkan badan... lepas ni aku tak nak kutuk orang beria-ia sangat dah. sebab takut termakan balik, nanti tak terluah pulak....

gambar2 yang aku sajikan ni adalah antara scene2 dalam rm yang best la, yang kelakar, yang sweet and yang, yang apa ek?  yang aku sangat suka...hehe<3<3...peminat tegar rm mesti lebih tau dari aku. lastly, i like each of them veryyyy muchhhh

copied from google:-












fall in love with this song also. setiap hari aku akan pasang lagu ni bila bukak lap top. dan aku akan biar je dia repeat banyak kali....(aku rasa roommate aku pun dah boring dengar)


thank you:))