Wednesday 30 April 2014

AZAM BARU 1 MEI

Sempena masuk bulan baru ni, aku ada azam baru. Bukan en azam mahupun azammuddin yerr. Tapi azam. Maksudnya…err maksudnya apa ea??..aku rasa maksud dia benda yang kita nak capai. Iaitu suatu perkara baru yang kita nak lakukan dalam hidup kita, untuk mencapai hasil yang lebih baik dari sebelum2 ni….hmm amacam, bagus tak makna yang aku bagi ni..hasil penggunaan kamus dewan bandaraya majlis..

Apa-apa pun maksud dia lebih kurang macam tu lah…tapi kenapa aku tiba2 nak berazam baru pulak ni??…ha!! sebabnya start dari tarikh ni, lagi sebulan je masa yang ada sebelum exam final. Cakap sebulan macam lama pulak bunyi dia…4 minggu…tolak masa makan, tido, lepak, tengok movie, sembang, berangan..tinggal tak berapa hari je lagi nak exam…so haruslah perasaan insaf tu wujud dalam diri kan, padahal sekarang dah pukul 2 pagi, tapi dok menghadap blog cabuk ni ag, bukan masuk exam pun…ahh tak kira nak update jugak…nanti di masa hadapan boleh tengok balik, apa yang aku mengarut sensorang…oklah jadinya azam aku y baru ni,

-aku nak bangun awal…takmo bangun tido lambat2 dah…bila bangun awal semangat sikit nak buat2 macam2 kerja untuk hari tu..
-nak study rajin2…kalau boleh nak baca buku je bila ada masa free, takmo tgk movie, lepak2, sembang2 ngan berangan lagi dah…rasanya macam nak pergi study library selalulah…duduk dekat bilik, aku lemah tengok katil…
-and banyak lagilah azam baru yang baik2…even I don’t know I can do it or not…as long as I have an intention to do it…its good enough i think..

makanya, semoga hari2 yang akan datang ni akan jadi hari2 y lebih baik dr sebelum2nya..siapa sangka dengan sedikit kekuatan yang dipinjamkan Ilahi kita mampu menghadapi pelbagai perkara yang telah berlaku di awal2 bulan tahun 2014 ni dgn baik, diharap y akan datang juga adalah yang baik2..In Shaa Allah.....tak lama lagi dah nak masuk bulan rejab, syaaban, dan ramadan..pastu syawal...sekejap sungguh masa berlalu...…

hidung, mata semua dah berair…mengantuk….bye…salam…err last2 can I say I’m kawaii hoho…Pui!! tak pyh nak perasan…