Tuesday 24 May 2011

terima kasih puan..!!!

Asalammualaikumwbt...


Kepada semua pelajar perempuan muslim yang sangat saya kasihi,
seperti yang saya janjikan, akan memberi message terakhir saya kepada kamu untuk sem ini. Mengambil tannggungjawab sebagai seorang guru saya mengambil peluang ini untuk memberi peringatan dan pesanan kepada kamu semua tentang perkara yang paling asas bagi seorang muslim iaitu " menutup aurat".
Menutup aurat adalah WAJIB dan yang paling asas bagi "orang Melayu" adalah memakai tudung. Sedangkan menurut Islam menutup aurat adalah keseluruhan anggota badan "kecuali muka & tapak tangan".
Justeru di sini, setiap kali masuk ke kelas, saya memerhatikan kamu seorang demi seorang, dan kali pertama saya masuk kelas pada 17 Januari 2011 saya sudah dapat melihat ada di antara kamu yang terlalai & tidak mungkin kamu terlupa kerana asas bagi orang muslim yang berakal ialah menutup aurat.
Dan saya berpesan-pesan dengan kebenaran bahawa, tidak ada gunanya sebarang kebajikan atau kebaikan atau perjuangan (termasuk belajar) sekiranya kamu terang-terangan BERANI melawan/melanggar hukum Tuhan. Tolonglah berfikir. Siapa kamu & untuk apa kamu datang dan kepada siapa kamu akan kembali.
Bagaimana hendak mencari ketengan & redha Tuhan sedangkan dengan angkuh dan sombong kamu berani melawan HUKUM Tuhan. Untuk apa? Apa yang dicari sebenarnya?
Kamu berusaha bersungguh untuk masuk ke kelas sebelum pada jam 8.10 am dan sekiranya terlewat kamu bersusah payah memohon maaf kepada saya dan memberi pelbagai alasan. Membuat tugasan seperti yang disyaratkan & memberi surat pelepasan sekiranya tidak dapat hadir ke kelas. Kenapa? Kenapa?. Siapa saya? Saya juga seperti kamu hanya diciptakan & akan dikembalikan. Kenapa kamu harus takut kepada saya sedangkan saya juga hanya meminta daripada "Dia". Tetapi...
Tetapi kamu langsung tidak pernah takut kepada Tuhan sekiranya kamu tidak menutup aurat. Langsung tidak pernah, sedangkan kamu sendiri sudah sedia maklum apakah hukumnya bagai orang yang tidak menutup aurat. Azabnya amat pedih. Ingatlah. Tutuplah aurat kerana kamu semua telah pun mecapai akal baligh. Ganjaran Allah kepada hamba yang menurut perintahnya amat besar Rahmatnya, sedangkan ganjaran daripada saya hanya sekadar grade A B C yang masih tidak menjamin kerjaya & kehidupan kamu pada masa hadapan.
Pelajar yang dikasihi,
Saya persoalan mudah saya, apa gunanya kamu solat jika tidak menutup aurat. Bagi yang mewarna rambut, bagaimana wudhuk yang kamu ambil? Apa gunanya kamu berpuasa, jika kamu tidak menutup auarat. Apa gunanya nikmat kesihatan dan kecerdikan yang diberikan kamu kamu sekiranya asas Islam itu sendiri kamu tidak mahu mengikutnya.
Janganlah kamu sesekali berani melawan hukum Tuhan. Takutlah pada Tuhan yang boleh memberi dan mengubah segalanya-galanya hanya dalam sekelip mata, tanpa kamu jangka, tanpa kamu duga.
Untuk Pesanan Terakhir Semester ini, sesudah kamu membaca pesanan ini ingatlah satu perkara Tuhan amat menyukai hamba yang selalu memohon dan meminta-minta. Sebanyak manapun permintaan kamu & sebesarmanapun dosanya yang ada, Dia tidak pernah tidak mendengarnya dan amat mengasihi hamba-hambanya...  
Saya mohon & merayu pada kamu, tutuplah aurat dengan sempurna dan percayalah kamu akan rasai sesuatu yang berbeza selepas melakukannya. Saya terlalu mengasihi kamu semua, maka dari hati saya ini...terbitlah pesanan ini kerana peluang saya untuk bertemu dengan kamu dan peluang kamu untuk bertemu dengan saya, mungkin ada dan mungkin tiada lagi...
Wasalam.

copy paste from my beloved Lecturer of prinsip ekonomi.